Sunday, January 24, 2010

KECEWA DAN TERLUKA



Mengapa kadangkala kita berduka, sedangkan terdapat 1001 sebab untuk kita senyum, gembira dan bersyukur kepada Pencipta? Jadikanlah kedukaan itu sebagai cabaran untuk kita terus maju ke hadapan.




byk perpecahan, buruk sangka n kurang kasih syg sesama kita..smge kedukaan skrg Allah bls dgn kegembiraan di akhirat.amin

Tabahkan diri anda jika anda sedang bermuram. Kadang kala kita terlalu mengikut persaan dan fikirkan tentang satu perkara dan terlupa untuk mengambil kira perkara yang lain. Diri saya sendiri pernah berduka dan bermuram tapi apabila saya melihat dari sudut yang lebih besar, barulah saya sedar yang ada perkara yang lebih bermakna yang saya sudah lupa. Enjoy the little things. People always underrated this in life

Tuesday, January 19, 2010

GPS VERSI TELEPHONE KU


GPS Garmin versi telephone

I GO - Perjalanan menjadi mudah dan tepat




Tanpa GPS ni kembara 1Malaysia kami mungkin tersangkut sangkut. Tak kenal tempat orang, tak tahu hala mana nak tuju, tak tahu nak cari makan kat mana. Mujurlah ada teman setia yang sentiasa menunjuk arah pada kami. Terima kasih sekali lagi I GO gps teman setia ku.

Tuesday, January 12, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Mungkin aku agak terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru tapi aku perlu juga mengucapkannya kerana ianya datang dari hati ku yang ikhlas.Sempena tahun baru ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat-pelawat rumah maya Casa Qaseh. Kepada yang meninggalkan jejak dalam bentuk komen, sembang-sembang .Terima kasih sekalung budi dari Qaseh. Moga dengan tahun baru ini, kehadiran anda menceriakan lagi dunia maya Casa Qaseh....sesungguhnya diriku sangat menghargai sokongan anda!