Thursday, July 22, 2010

Ketawa berlebihan tabiat kaum munafik




SETIAP insan sering berhadapan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan." � (Surah at-Taubah, ayat 82). Jelas daripada ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." � (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan. Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

Tuesday, July 20, 2010

Manusia sentiasa berhajat kepada Allah




Walau apa pun status kita di muka bumi ini kita sentiasa berharap kepada pertolongan Allah.

SEBAGAI seorang Muslim, kita mengakui bahawa kewujudan kita di alam ini didahului oleh tiada kepada ada. Kita hadir ke dunia ini dalam keadaan yang serba lemah dan tidak mengerti apa-apa, melalui proses kelahiran dari perut seorang ibu yang dicampakkan oleh Allah SWT perasaan sayang dan belas kepada anak yang dilahirkan.

Berbeza dengan Allah SWT yang tidak ada permulaan dan pengakhiran pada kejadian-Nya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Kaya dan Maha Penyayang.

Kejadian diri kita yang memerlukan sepenuhnya kepada Pencipta, mengingatkan kepada keperluan wajib diri kita kepada kurniaan dan pertolongan Allah SWT pada setiap waktu. Kebergantungan kita kepada Allah adalah hakikat diri kita yang semestinya diakui penuh sedar dan insaf oleh semua yang bernama makhluk.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a mengungkapkan dalam kalam hikmahnya:

“Keperluan kamu adalah hakikat semulajadi bagi kejadian dirimu, sedangkan kemunculan pelbagai sebab mengingatkan kamu kepada sesuatu yang tersembunyi tentang hakikat tersebut, dan keperluan yang semulajadi itu tidak dapat diangkat oleh perkara-perkara yang mendatang”.

Lumrah manusia sering lupa dan alpa terhadap keperluan dan hakikat dirinya apabila dia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat memiliki segala keinginannya. Jauh sekali untuk mengakui kesilapan dan kelemahannya.

Oleh itu, Allah dengan sifat kelembutan dan pengasih-Nya menarik hamba-hamba-Nya kepada-Nya dengan rantai ujian dan pelbagai sebab seperti kefakiran dan kesakitan untuk mengingatkan mereka tentang keperluan hakikat dirinya yang tersembunyi itu kepada-Nya.

Wednesday, July 14, 2010

Bila Hati Terluka...



Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

“Sungguh! Hati itu anugerah terindah dari Ar-Rahman pada makhluk yg bernama manusia. Bagi insan hina seperti aku, yang banyak jahil dari tahu, yang banyak alpa dari peka, hanya satu pintaku Ya Allah - Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dengan hati yang bersih…”

Bila hati terluka, sakitnya hanya yang merasa mampu menghurai. Lagi sanggup menahan hirisan pisau di tangan dari merasa luluh hati terguris. Mengapa hati ini yang perlu merasa itu semua? Sedangkan diri sentiasa berpegang pada prinsip, jaga hati saudaramu. Jangan lukakan hati saudaramu…Apakah itu balasan yang perlu ditanggung dengan berpegang teguh pada prinsip teguh ini? Pemikiran apakah yang sedang menguasai? Hindarilah diri dari hasutan Syaitan yang di rejam…

Ya Allah, andai kesakitan ini mampu menghapuskan dosa-dosa hamba yang lalu, maka hamba redha dengan ujian ini…

Mengapa hati terluka? Mungkin kerana dikhianati? Mungkin kerana penantian yang tiada cerita akhirnya? Mungkin kerana gagal mendapatkan apa yang dipohon? Atau mungkin kerana tiada daya untuk memilih? Diri hanya punya satu pilihan…menanggung pedih, bukan meluahkan…

Bila diri tidak mampu mengeluarkan apa yang terbuku di hati, maka hati sengsara lagi. Hati perlu menanggung beban terbuku tanpa ada keberanian untuk meleburkannya. Hati yang perlu menahan gundah akibat tiada semangat dan kekuatan untuk memberitahu pada dunia. Mengapa diri hilang semangat? Mengapa diri tiada kekuatan? Mengapa diri tiada keberanian? Diri hanya mampu berserah…tawakkal dengan harapan, jihad ini diterimaNya.

Manusia sering bertanya “mengapa”. Tapi manusia juga sering tiada jawapan untuk soalan “mengapa”…Tulah apakah ini…

Bila hati terluka…sarat dengan kesakitan yang tidak tertanggung, diri perlu sentiasa ingat…kita hanya hamba yang kerdil, tapi sarat dengan kasih sayang Rabbul Jalil. Tukarkanlah gulana hati kepada kerinduan syahdu pada Yang Maha Agung. Hati perlu pasrah dengan yakin itu kehendak Yang Maha Berkuasa diiringi dengan suntikan cintaNya. Nanti diri akan merasa, suntikan itu pedih pada awalnya, tapi kemudian nikmat iman yang diri perolehi pasti akan mengubat segala kesengsaraan lalu. InsyaAllah..Moga dikurniakan Ilahi hadiah dari SyurgaNya yang diidam-idamkan…

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami…

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya… Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya…

Wahai hati…kembalilah pada Yang Esa…Sungguh Ya Rabbi, Ampunkanlah hamba yang tiada sempurna ini...Tetapkanlah hamba sentiasa di jalan lurusMu...Amin

Friday, July 9, 2010

ZIKIR TAUBAT





Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

KASIH SAYANG TERLALU INDAH UTK DIKENANG



I LOVE U when you are laughing..

I LOVE U when you are sad..

I LOVE U when you are happy..

I LOVE U when you are mad..

I LOVE U when you are joking..

I LOVE U when you are true..

But the reason why I LOVE U

Is just because u are YOU!!!
Senyummu adalah bahagiaku..Ceriamu adalah dambaku..Gelisahmu adalah kebimbanganku..Air matamu adalah kesedihanku..Kau pelipur lara dukaku..Kau pengiring suka citaku..Bersama kita dalam hari-hari keberkahan..Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta..Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang..Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu..Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati..Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu..Wahai bintang, bulan dan angin..Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya..“Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah”