Tuesday, August 10, 2010

RAHMAT RAMADHAN



Segala puji bagi Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w... keluarga baginda, dan para sahabat yang telah dijanjikan syurga...

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Tiada kalimah yang dapat menenangkan hati ini melainkan dimulakan dengan istighfar, memohon keampunan padaNya serta mengharap rahmat & redhaNya...

Ramadhan datang lagi. Diharapkan moga sepanjang se bulan yang penuh rahmat ini memberi "nafas" baru buat kita, hamba yang tidak pernah terlepas dari membuat salah & silap..

Jika sebelum ni tiada kata yang dapat terucap melainkan air mata hiba kesal bertaubat & mohon keampunan dariNya.. tapi kini tiada kata yang dapat terucap melainkan air mata gembira.. bukan kerana terlalu yakin segala ketelanjuran diampunkanNya.. tapi kerana dapat merasa kasih sayangNya yang tak terhingga kerana "membawa" hati ini kembali akrab denganNya..

Bersyukur tidak terhingga bila segala usaha dipermudahkannya.. terasa di "kejut" di malam hari agar sujud kepadaNya.. terasa "diberi" ruang untuk duduk di saf hadapan kala "berseronok" di masjid yang ramai tetamunya.. terasa "diluangkan" masa agar sentiasa berzikir mengingatiNya... terasa di"lembutkan" hati agar mengerjakan amalan2 sunat yang jarang diamalkan di bulan biasa.. terasa "dikuatkan" diri luar dan dalam setelah dilanda "penyakit" yang pertama kali "menyerang"..

Alhamdulillah.. segala puji hanya layak bagiNya.. yang amat luas rahmatNya.. lagi tinggi kasihNya kepada hamba-hambaNya.. hati yang gundah jadi tenang.. diri yang jauh jadi dekat.. jiwa yang kosong jadi terisi.. wajah yang sugul jadi tersenyum...

SubhanaALLAH... Itulah rahmat cinta & kasihNya yang kekal abadi.. tiada siapa pun yang dapat menandingi kehebatan kasih sayangNya.. belaianNya cukup lembut menyentuh jiwa yang lara hingga takut kalau terlalai jauh sedikit dariNya walau sesaat walau seinci...

Apapun yang dah lepas biarkanlah ia berlalu..yang penting sekarang adalah marilah kita merebut peluang kenikmatan beramal ibadah mengharapkan redhaNya, memperbaiki diri yang masih lemah mengharapkan kekuatanNya, meningkatkan iman & taqwa kepadaNya.. mujahadah beribadah mendapatkan lailatulqadar.. serta berlumba mendapatkan CINTANYA YANG AGUNG..