Friday, December 25, 2009

RUMAHKU SYURGAKU




Terasa damai bila aku dapat menikmati keindahan pemandangan dari laman rumahku yang hanya sekangkang kera nie. Aku betul2 bersyukur walaupun kecil tapi aku dapat menafaatkannya mengikut citarasaku. Walaupun tak punya tema tapi aku puas bila menatapi dan mendengar burung2 yang berkicau diwaktu pagi. YA ALLAH terima kasih keatas rezeki yang kau kurniakan buat kami sekeluarga.

Saturday, November 14, 2009

blog dah bersarang

dah hampir setengah tahun x berblog akan cuba update n3 balik sabar menunggu.

Tuesday, July 28, 2009

Selamat Pengantin Baru




Selamat mengharungi kehidupan berumah tangga. Kalau jodoh dah sampai tak ada siapa mampu menghalangnya.

Tuesday, July 21, 2009

HAPPY 20TH BIRTHDAY


glitter-graphics.com




Selamat Ulang tahun ke 20 sayang. Kasih sayang ayah dan ibu tak pernah pudar, semuga akak bahagia dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi oleh NYA.




Syukur Alhamdulillah hari ni genaplah 20 tahun usia akak (18hb Julai 1989). Terlalu cepat masa berlalu dan pengalaman melahirkan akak masih tersemat dalam hati dan tatkala melihat wajah comel akak yang pertama memang takkan ibu dan ayah lupakan. Ianya akan menjadi kenangan abadi buat ayah dan ibu hingga akhir nanti. Moga akak menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.

Saat saat bahagia kita sekeluarga menyambut ulang tahun kelahiran akak di The Checkers Café, Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur

Monday, July 6, 2009

Medical Check up

Semalam aku pergi medical check up. Dah hampir 13 tahun aku berulang alik berjumpa doktor. Kebosanan dah menghantui aku, aku hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan ini, Syukur suami tercinta sentiasa disisi memberi semangat untuk aku. Setelah hampir 2 tahun aku cuba melarikan diri dari berjumpa doktor, akhir nya aku mengalah jua atas desakan suami dan jururawat yang menalipon aku untuk temujanji aku dengan doktor. Datuk Doktor Ridzuan Abu Bakar, Pakar Jantung hampir tidak mengingati aku lagi kerana dah lama tak membuat rawatan susulan. Keputusan ujian yang dibuat semalam menyebelahi aku. Semuanya OK kata doktor dan jangan lupa ambil ubat, Ubat yang kini menjadi santapan aku hingga terpadam mata ini. Aku pasrah dengan kehidupan aku kini. Injap jantung ku tak berfungsi dengan sempurna dan terpaksa diganti dengan yang baru, hanya terdapat dua pilihan samaada aku hendak mengunakan tisu untuk menggantikan injap baru yang hanya dapat bertahan selama 5 hingga 10 tahun atau aku harus menggunakan injap palsu yang dibuat daripada mechanical. Kini aku adalah seorang manusia yang menggunakan injap mechanical. Aku harus bergantung hidup terhadap ubat yang membantu aku untuk mengawal kepekatan darahku. WARFARIN kini menjadi santapan ku setiap hari. Tanpa WARFARIN aku tak tahu apa yang akan terjadi pada tubuh aku ini. Suami aku selalu berpesan jangan terlalu memikirkan alam ghaib, alam yang kita belum tahu apa yang akan berlaku kemudian nanti.


mechanical valve replacement



http://en.wikipedia.org/wiki/Mitral_valve_replacement

Monday, June 22, 2009

Bingung



Kenapa harus jadi macam ni aku bingung.



MENGAPA KAU TERMENUNG
OH ADIK BERHATI BINGUNG
JANGAN LAH ENGKAU PERCAYA DENGAN ASMARA
SEKARANG BUKAN
BERMENUNG ZAMAN BERMENUNG

Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA


Buat ayahanda tersayang Selamat menyambut Hari Bapa, semuga hari hari yang mendatang
akan membawa kebahagian buat ayah. Walau jauh dimata tapi kasih sayang yang ayah curahkan akan tetap menjadi ingatan dan akan terus melekat dihati.





Untuk suami tercinta, terima kasih kerana menjadi ayah yang penyayang buat dua cinta hati kita. Semuga kasih sayang kita sekeluarga berkekalan hingga akhir nanti.
Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Saturday, June 13, 2009

BERUBAHLAH

Tak berubah
tak nak berubah
tak akan berubah

Hanya akan melukakan orang orang sekeliling

Sunday, June 7, 2009

terasa kehilangan


semalam lagi sorang anak ke ipt, terasa kehilangan terasa baru dia ada bersama kini dia pergi lagi. tak tahu sampai bila perasaan ini akan hilang.

Tuesday, May 19, 2009

Enggang sama Enggang

betul kata perpatah melayu enggang sama enggang, pipit sama pipit mana mungkin terbang bersama. Bertapa sombong nya enggang mengaku dirinya yang yang terlebih sudah dari segala nya. Mungkinkah Cenderawasih yang hanya terbang diawan juga sombong seperti enggang? fikir-fikirkanlah


Enggang yang megah

RINDU


Sunset Di Pangkor Island

Salam, rindu dah lama tak aktif, terasa kehilangan semua di cantum menjadi satu. Cuba dan cuba untuk aktif balik insya allah semuga di perkenankan.