Monday, July 6, 2009

Medical Check up

Semalam aku pergi medical check up. Dah hampir 13 tahun aku berulang alik berjumpa doktor. Kebosanan dah menghantui aku, aku hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan ini, Syukur suami tercinta sentiasa disisi memberi semangat untuk aku. Setelah hampir 2 tahun aku cuba melarikan diri dari berjumpa doktor, akhir nya aku mengalah jua atas desakan suami dan jururawat yang menalipon aku untuk temujanji aku dengan doktor. Datuk Doktor Ridzuan Abu Bakar, Pakar Jantung hampir tidak mengingati aku lagi kerana dah lama tak membuat rawatan susulan. Keputusan ujian yang dibuat semalam menyebelahi aku. Semuanya OK kata doktor dan jangan lupa ambil ubat, Ubat yang kini menjadi santapan aku hingga terpadam mata ini. Aku pasrah dengan kehidupan aku kini. Injap jantung ku tak berfungsi dengan sempurna dan terpaksa diganti dengan yang baru, hanya terdapat dua pilihan samaada aku hendak mengunakan tisu untuk menggantikan injap baru yang hanya dapat bertahan selama 5 hingga 10 tahun atau aku harus menggunakan injap palsu yang dibuat daripada mechanical. Kini aku adalah seorang manusia yang menggunakan injap mechanical. Aku harus bergantung hidup terhadap ubat yang membantu aku untuk mengawal kepekatan darahku. WARFARIN kini menjadi santapan ku setiap hari. Tanpa WARFARIN aku tak tahu apa yang akan terjadi pada tubuh aku ini. Suami aku selalu berpesan jangan terlalu memikirkan alam ghaib, alam yang kita belum tahu apa yang akan berlaku kemudian nanti.


mechanical valve replacement



http://en.wikipedia.org/wiki/Mitral_valve_replacement

0 comments: