Selamat mengharungi kehidupan berumah tangga. Kalau jodoh dah sampai tak ada siapa mampu menghalangnya.
Tuesday, July 28, 2009
Selamat Pengantin Baru
Posted by CASA QASEH at 2:36 AM 2 comments
Tuesday, July 21, 2009
HAPPY 20TH BIRTHDAY
glitter-graphics.com
Selamat Ulang tahun ke 20 sayang. Kasih sayang ayah dan ibu tak pernah pudar, semuga akak bahagia dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi oleh NYA.
Syukur Alhamdulillah hari ni genaplah 20 tahun usia akak (18hb Julai 1989). Terlalu cepat masa berlalu dan pengalaman melahirkan akak masih tersemat dalam hati dan tatkala melihat wajah comel akak yang pertama memang takkan ibu dan ayah lupakan. Ianya akan menjadi kenangan abadi buat ayah dan ibu hingga akhir nanti. Moga akak menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Saat saat bahagia kita sekeluarga menyambut ulang tahun kelahiran akak di The Checkers Café, Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur
Posted by CASA QASEH at 6:55 PM 0 comments
Monday, July 6, 2009
Medical Check up
Semalam aku pergi medical check up. Dah hampir 13 tahun aku berulang alik berjumpa doktor. Kebosanan dah menghantui aku, aku hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan ini, Syukur suami tercinta sentiasa disisi memberi semangat untuk aku. Setelah hampir 2 tahun aku cuba melarikan diri dari berjumpa doktor, akhir nya aku mengalah jua atas desakan suami dan jururawat yang menalipon aku untuk temujanji aku dengan doktor. Datuk Doktor Ridzuan Abu Bakar, Pakar Jantung hampir tidak mengingati aku lagi kerana dah lama tak membuat rawatan susulan. Keputusan ujian yang dibuat semalam menyebelahi aku. Semuanya OK kata doktor dan jangan lupa ambil ubat, Ubat yang kini menjadi santapan aku hingga terpadam mata ini. Aku pasrah dengan kehidupan aku kini. Injap jantung ku tak berfungsi dengan sempurna dan terpaksa diganti dengan yang baru, hanya terdapat dua pilihan samaada aku hendak mengunakan tisu untuk menggantikan injap baru yang hanya dapat bertahan selama 5 hingga 10 tahun atau aku harus menggunakan injap palsu yang dibuat daripada mechanical. Kini aku adalah seorang manusia yang menggunakan injap mechanical. Aku harus bergantung hidup terhadap ubat yang membantu aku untuk mengawal kepekatan darahku. WARFARIN kini menjadi santapan ku setiap hari. Tanpa WARFARIN aku tak tahu apa yang akan terjadi pada tubuh aku ini. Suami aku selalu berpesan jangan terlalu memikirkan alam ghaib, alam yang kita belum tahu apa yang akan berlaku kemudian nanti.
mechanical valve replacement
http://en.wikipedia.org/wiki/Mitral_valve_replacement
Posted by CASA QASEH at 7:21 PM 0 comments